Malaysia: FGV tak buang 6,000 pekerja

FGV Holdings Bhd menafikan laporan berita hari ini yang menyatakan syarikat perladangan itu mahu mengurangkan 6,000 pekerja dalam tempoh 3 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif, Haris Fadzilah Hassan menjelaskan kumpulan itu tidak pernah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan 6,000 pekerjanya tetapi hanya merancang mengurangkan 10% daripada kos tenaga kerja setahun.

Beliau berkata rancangan itu termasuk pengurangan kos elaun lebih masa, bil perubatan dan lain-lain bagi kakitangan, katanya dalam kenyataan kepada Buletin Utama TV3 hari ini.

Menurutnya, pengurangan pekerja hanya akan berlaku sekiranya terdapat aktiviti penjualan perniagaan bukan teras yang dijalankan kumpulan, serta menerusi skim pemisahan bersama (MSS) dan aktiviti persaraan.

Haris berkata langkah pengurangan kos operasi 10% setiap tahun itu akan dilaksanakan bagi tempoh 3 tahun akan datang, yang mana kos operasi FGV sekarang agak tinggi, kini melebihi RM1 bilion setahun.

Satu laporan berita hari ini menyatakan FGV merancang mengurangkan sebanyak mungkin sehingga 6,000 kakitangan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya selepas ia mencatatkan kerugian besar RM1.07 bilion dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2018, iaitu kerugian paling buruknya sejak disenarai awam pada 2012, berikutan rosot nilai yang amat besar dan harga minyak sawit rendah. – Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

The post FGV tak buang 6,000 pekerja appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments