Norhayati Mohd Ariffin, isteri Amri Che Mat yang hilang dipercayai diculik. – Foto FMT
Isteri aktivis Amri Che Mat mengingatkan Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun bahawa beliau pengarah Cawangan Khas semasa suaminya hilang pada 2016, oleh itu beliau ada percanggahan kepentingan.
Norhayati berkata demikian selepas Fuzi hari ini menafikan pegawai SB terbabit dalam kehilangan Amri.
“Kami merayu agar beliau tidak membuat apa-apa kenyataan seperti ini. Sebaliknya, kami harap polis akan bekerjasama dengan siasatan khas yang dijanjikan kerajaan,” katanya kepada portal Free Malaysia Today.
Sebelum itu, Fuzi menafikan pegawai SB terbabit meskipun kesimpulan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) selepas inkuiri memberi gambaran berbeza.
Inkuiri itu diberitahu sebuah kereta milik seorang pegawai SB, Saiful Bahari, dilihat berada dekat dengan lokasi Amri dipercayai diculik.
Kegagalan Saiful memberi keterangan kepada inkuiri itu menyebabkan Suhakam mendakwa polis tidak memberi kerjasama.
Fuzi berkata, polis sudah menyelesaikan siasatan mereka dan sedang menunggu arahan lanjut timbalan pendakwa raya.
Sementara itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata siasatan baru akan dijalankan oleh ketua polis negara baru selepas Fuzi bersara bulan depan.
Suhakam hari ini berkata penerbitan laporan berhubung kehilangan Amri Ceh Mat bukan cubaan badan menghukum polis.
Pemangku Pengerusi, Jerald Joseph berkata sejak penubuhannya, Suhakam menjalankan 9 siasatan awam dan kandungan setiap laporan siasatan awam disiarkan secara terbuka dan boleh diakses oleh orang awam dan media. – | Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?
KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara
KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS
The post KPN Fuzi Harun ada percanggahan kepentingan, kata isteri Amri Che Mat appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments