Malaysia: Muhyiddin: Sultan Johor boleh campur urusan kerajaan negeri tapi..

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masih boleh mencampuri soal urusan di negeri itu tetapi bukan sehingga mengganggu proses pentadbiran kerajaan negeri.

“Campur tangan dalam pentadbiran negeri, bukan tak boleh. Boleh sedikit sebanyak.

“Tetapi yang boleh menganggu proses perjalanan pentadbiran kerajaan negeri, jangan diteruskan,” kata Muhyiddin seperti dilapor Malaysiakini.

Muhyiddin Yassin yang merupakan bekas Menteri Besar Johor itu berkata beliau mengatakan perkara itu secara berterus terang kepada Sultan Johor ketika menghadap baginda baru-baru ini.

Sultan Ibrahim hari ini mencadangkan perbincangan secara matang antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan perbezaan.

Kenyataannya itu dibuat selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa perlembagaan Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Muhyiddin berkata perbezaan pendapat mengenai perlembagaan negeri Johor dan Perlembagaan Persekutuan adalah antara isu yang mesti diselesaikan.

Muhyiddin mencadangkan menteri besar Johor Sahrudin Jamal menemui pihak istana dan meletakkan asas untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Untuk rekod, hubungan Mahathir dan istana Johor menjadi rumit selepas susulan isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan bahawa perlembagaan Johor memberi kuasa kepada baginda berhubung perkara tersebut.

Namun, perdana menteri berkata kuasa itu bukan terletak pada Sultan tetapi kepada parti politik yang memenangi pilihan raya.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

The post Muhyiddin: Sultan Johor boleh campur urusan kerajaan negeri tapi.. appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments