Malaysia: Najib tak tahu tanda tangan dipalsukan, kata Shafee

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yakin akan menang kes SRC Najib. – Foto Sinar Harian

Shafee Abdullah mendakwa perbicaraan kes SRC selanjutkan akan mendedah dan membuktikan bekas perdana menteri Najib Razak menjadi mangsa manipulasi dalam pemindahan wang akaun banknya.

“Kes ini sangat menarik, ia akan ‘menelanjangkan’ ramai orang. Ia akan menyerupai sebuah filem, kerana orang yang kamu paling curigai, saya fikir akhirnya, menjadi mangsa,” katanya dipetik Malaysiakini semasa bercakap di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ke-9 perbicaraan.

Shafee mendakwa terdapat bukti Najib tidak mengeluarkan arahan perbankan seperti yang didakwa dan tidak menyedarinya kerana terdapat manipulasi.

Ini termasuk e-mel yang dikatakan percubaan untuk menghalang penyata bank Najib dihantar ke pejabat dan kediamannya.

“Itu muncul dalam e-mel. Kerana antara (pengurus hubungan AmBank pada masa itu) Joanna Yu dan seseorang yang lain, terdapat e-mel yang mengatakan, ‘Jangan tunjukkan ini kepada Pejabat Perdana Menteri’.

“Dan (ketika) Joanna kata ‘Bolehkah kita hantar ke 11 Langgak Duta (alamat kediaman Najib)’, seseorang berkata, ‘Tidak tidak tidak, sangat sensitif, jangan hantar’,” katanya.

Shafee mendakwa wujud pertikaian dalam keterangan pengurus cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi berkenaan tandatangan yang tidak sepadan dalam beberapa dokumen yang akan menyokong hujah pembelaan bahawa Najib tidak membuat arahan perbankan.

“Apabila anda membandingkan hard copy dan soft copy (beberapa arahan perbankan di mahkamah)… kerana bagi kamu menyalin hard copy ke bank, kamu perlu menyalinnya secara fizikal atau mendapatkan orang yang sebenar untuk menandatanganinya.

“Tetapi bila kamu fax, kamu hanya perlu cut and paste (potong dan tampal).

“Kamu cut and paste tandatangan, dalam hal ini, Suboh (pengarah SRC Suboh Md Yassin) contohnya, jadi apabila ia dihantar kepada kamu melalui faks atau e-mel, ia kelihatan seperti Suboh tandatangan (dokumen itu), padahal sebenarnya kita yakin dia tidak menandatanganinya.

“Kaedah ‘cut and paste’ jadi sebab mengapa tandatangan Suboh “betul-betul sama” pada dokumen tertentu.

“Banyak tanda tangan dipalsukan tanpa pengetahuan Najib,” katanya.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

The post Najib tak tahu tanda tangan dipalsukan, kata Shafee appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments