Shafee Abdullah selain menjadi peguam Najib Razak beliau turut menunggu perbicaraan atas dakwaan menerima wang RM9 juta dari Najib bagi merayu pembebasan Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat. – Foto The Malaysian Insight
Ketua pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan ada percubaan dari pihaknya menangguhkan perbicaraan bekas Perdana Menteri itu.
Sebaliknya, jelas beliau lagi, pihak peguam bela sendiri bertegas agar perbicaraan itu diteruskan pada tarikh yang ditetapkan.
“Pertama sekali, tiada cubaan untuk tangguhkan perbicaraan. Apa yang kami lakukan hari ini, ialah apa yang akan dilakukan sesiapa sahaja sekiranya pertuduhan ke atas mereka tidak sempurna.
“Dan jika anda ingin mengadu tentang sebarang pertuduhan yang anda rasa cacat, ia harus dilakukan sebelum perbicaraan bermula,” katanya kepada Astro Awani di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas perbicaraan berakhir.
Muhammad Shafee berkata, atas sebab itu, usul bagi membantah pertuduhan tersebut difailkan sebelum perbicaraan bermula.
Beliau menegaskan, pihak peguam bela tidak mengambil peduli pendapat Peguam Negara sewaktu membantah permohonan pemfailan itu, kerana ia tidak relevan.
“Dua Mahkamah Rayuan berasingan sebelum ini telah menegaskan pihak peguam bela tidak melakukan cubaan untuk melengah-lengahkan perbicaraan,” katanya lagi.
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
The post ‘Siapa kata Najib [kami] mahu tangguh perbicaraan?’ – Shafee appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments