Ahmad Yakob pertahan Hadi dari dakwaan membayar Clare bagi menyelesaikan saman PAS. – Foto Free Malaysia Today
PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membawa kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung pembayaran cek berjumlah RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Bagaimanapun, Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob percaya bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap bertegas tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada Clare.
Astro Awani melaporkan beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam yang akan menyerahkan kertas siasatan kepada DPP.
Sementara itu, Ahmad turut mempertahankan kenyataan Hadi yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tegas dan bukan seorang ‘bekas diktator’ seperti didakwa Nurul Izzah.
Justeru tidak timbul soal bodek-membodek kerana kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi adalah benar.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu berkata PAS melalui tidak perlu membodek Perdana Menteri.
Untuk rekod, Anwar adalah individu pertama mendedahkan bahawa PAS membayar Clare melalui rakan Hadi iaitu Rameli Musa bagi menyelesaikan saman mereka di mahkamah London.
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
The post Hadi takkan bayar Clare RM1.4 juta – Ahmad Yakob appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments