Malaysia: Peguam Negara: Najib guna dana SRC berbelanja di Hawaii, ubah suai rumah

Thomas berkata pasukan pendakwaan akan cuba membuktikan dana RM42 juta dari SRC International telah melalui kedua-dua anak syarikat ini sebelum dipindahkan ke akaun peribadi milik Najib. – Foto Bernama

Pihak pendakwa raya akan cuba membuktikan bahawa sebahagian daripada sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, telah digunakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan peribadi, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Sewaktu membacakan ucapan pembukaan pendakwaan di bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah 3 hari ini, Thomas berkata, bukti pendakwaan akan menunjukkan Najib telah mengeluarkan sejumlah 15 cek dari akaun peribadi beliau bernilai RM10,776,514.00.

Selain itu, turut cuba dibuktikan ialah perbelanjaan sejumlah USD130,625 atau kira-kira RM600 ribu melalui kad kredit Najib di butik Chanel di Honolulu, Hawaii, serta penggunaan sejumlah cek untuk kerja-kerja pengubahsuaian kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, di Pekan, Pahang.

Selain itu, beberapa cek juga didakwa dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu untuk parti-parti komponen di bawah Barisan Nasional.

“Beban pendakwaan kini terletak di atas pasukan pendakwaraya untuk membuktikan, melampaui keraguan yang munasabah, bahawa tertuduh Mohd Najib bin Haji Abd Razak adalah bersalah terhadap setiap tuduhan ke atasnya dalam perbicaraan ini,” kata Thomas sewaktu menutup ucapannya.

Hari ini, bekas pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Kesemua tuduhan dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dan Najib mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan untuk kesemua tuduhan.

Terdahulu, Thomas berkata pasukan pendakwaan akan cuba membuktikan dana RM42 juta dari SRC International telah melalui kedua-dua anak syarikat ini sebelum dipindahkan ke akaun peribadi milik Najib.

Beliau juga berkata, Najib ketika itu telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, selain Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB serta penasihat Emeritus SRC International untuk melakukan perbuatan itu. – Astro Awani

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Peguam Negara: Najib guna dana SRC berbelanja di Hawaii, ubah suai rumah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments