Dr Mahathir berkata, sekiranya wujud bukti jelas menunjukkan terdapat salah laku polis dalam kehilangan Pastor Koh dan Che Amri, beliau akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk menanganinya. – Foto Sinar Harian
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diminta memberikan bukti menunjukkan Polis Cawangan Khas Bukit Aman terlibat dalam kehilangan paksa.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Suhakam akan dianggap khabar angin jika tiada bukti.
“Mereka harus tunjukkan bukti. Saya tidak pasti apakah mereka mempunyai bukti.
“Harus diingat, ia tidak berlaku semasa pentadbiran kita. Banyak perkara yang berlaku di pentadbiran dulu, namun tidak didedahkan,” katanya dilapor FMT pada sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi PPBM malam tadi.
Terdahulu, Suhakam mempertanggungjawabkan Cawangan Khas atas kehilangan Amri dan Koh, yang didapati menjadi mangsa kehilangan paksa.
Perkembangan itu membawa kepada seruan supaya Ketua Polis Negara, Fuzi Harun disiasat kerana beliau mengetuai cawangan khas ketika kejadian.
Perdana menteri berkata perkara itu akan diserahkan kepada ketua polis negara baru, menggantikan Fuzi yang akan bersara wajib pada Mei.
“Dia akan bersara, kita akan biarkan dia bersara. Kita akan biarkan ketua polis negara baru yang siasat perkara ini,” katanya.
Amri, seorang aktivis dari Perlis, hilang pada penghujung 2016, sementara Koh dilihat diculik oleh beberapa orang pada siang hari pada Februari 2017.
Amri dituduh menyebarkan ajaran Syiah, tuduhan yang dinafikan isterinya, dan Koh disiasat pihak berkuasa agama kerana didakwa cuba mengkristiankan orang Islam ketika menganjurkan satu acara dihadiri orang Islam di sebuah gereja.
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
The post Dr Mahathir minta Suhakan buktikan Cawangan Khas Bukit Aman terlibat kehilangan paksa Pastor Koh, Che Amri appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments