Malaysia: Pastor Koh diculik Cawangan Khas, kata inkuiri Suhakam

Panel inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, Cawangan Khas Bukit Aman bertanggungjawab ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh yang dilihat diculik beberapa lelaki pada siang hari, Februari 2017.

Ini selepas Suhakam menyalahkan unit sama atas kehilangan aktivis berpangkalan di Perlis, Amri Che Mat, yang hilang pada lewat 2016.

“Panel sebulat suara berpendapat Pastor Raymond Koh ialah mangsa kehilangan paksa,” kata Pesuruhjaya Suhakam, Mah Weng Kwai.

“Beliau diculik ejen negara, iaitu Cawangan Khas Bukit Aman.”

Sekumpulan lelaki bertopeng menculik Koh dari keretanya di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari 2017, semasa beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya.

Rakaman kamera litar tertutup sebuah rumah berhampiran tempat kejadian menunjukkan lebih 10 lelaki dan sekurang-kurangnya 3 kenderaan hitam terbabit dalam kejadian siang hari itu.

Sehingga kini, tiada wang tebusan diminta atau komunikasi dengan penculik, memberi gambaran wang bukan motif penculikan itu.

Ramai mengatakan penculikan Koh mungkin ada kaitan dengan dakwaan beliau cuba menyebarkan agama Kristian, walaupun keluarganya menolak dakwaan itu.

Seramai 16 saksi memberi keterangan dalam inkuiri ke atas kehilangan Koh, termasuk bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar. – Sumber FMT

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Pastor Koh diculik Cawangan Khas, kata inkuiri Suhakam appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments