Malaysia: Suhakam salahkan Cawangan Khas atas kehilangan aktivis Amri

Panel inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini memutuskan aktivis berpangkalan di Perlis, Amri Che Mat ialah mangsa kehilangan paksa, kira-kira 28 bulan selepas beliau dilaporkan hilang berdekatan rumahnya di Kangar.

“Panel ini mempertimbangkan pandangan yang kehilangan paksa itu dilakukan ejen negara, iaitu Cawangan Khas Bukit Aman,” kata pengerusi panel itu, Mah Weng Kwai.

Beliau berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keterangan isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin yang seorang pegawai Cawangan Khas dari Perlis, Sarjan Shamzaini Mohd Daud memberitahunya pada malam 12 Mei 2018, Cawangan Khas di Kuala Lumpur yang melakukan penculikan itu.

“Asas bagi kesimpulan ini juga timbul daripada bukti langsung Syed Amri dan Saiful Afdzan,” katanya merujuk 2 saksi inkuiri itu.

“Syed Amri dalam keterangannya berkata, beliau nampak sebuah Toyota Fortuner dikepung di Jalan Padang Behor, manakala Saiful Afdzan memberitahu beliau nampak pemandu Toyota Fortuner dikejar beberapa lelaki di depan restorannya.”

Mah yang juga pesuruhjaya Suhakam, mempengerusikan inkuiri selama setahun ke atas kehilangan Amri yang menyaksikan 25 saksi, termasuk pegawai kanan polis dan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dipanggil panel itu.

Amri ialah pengasas persatuan kebajikan Perlis Hope yang hilang sejak 24 November 2016.

Isterinya dilaporkan berkata, saksi ternampak 5 kenderaan menghalang laluan kereta Toyota Fortuner milik Amri, sebelum beliau dibawa pergi, kira-kira 550m dari rumah mereka di Bukit Chabang, Kangar. – Sumber FMT

KLIK BACA: Pastor Koh diculik Cawangan Khas, kata inkuiri Suhakam

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Suhakam salahkan Cawangan Khas atas kehilangan aktivis Amri appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments