#Hiburan: Terdapat Beberapa Kesalahan Bacaan Al-Quran Dalam Nur 2, Pengarah Tampil Mohon Maaf

Semalam, ramai yang sangat teruja menonton episod pertama drama Nur 2, sejuk hati apabila babak pembukaan dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci  Al -Quran, namun ada netizen menegur terdapat beberapa kesalahan bacaan Al-Quran yang dibaca oleh pelakon Raja Atiqullah.

Seorang pengguna Twitter, tampil menegur kesilapan pengarah drama tersebut tentang beberapa kesalahan besar dan jelas menerusi petikan bacaan surah Al Imran ayat 96 hingga 99.

 

 

Tidak cepat melatah, pengarah Shahrulezad Mohameddin tampil memohon maaf dan memberitahu beliau sudah meminta pihak produksi untuk merakam semula bacaan Al-Quran tersebut untuk tontonan semual di platform lain.

Malah, Raja Atiqullah juga dengan rasa rendah diri turut meminta maaf atas kekhilafannya itu dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.

Rata-rata netizen turut memuji sikap positif Shahrulezad  yang tidak malu untuk menyatakan kesilapannya dan berusaha untuk membetulkan keadaan.

Harapnya apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran untuk pengarah dan pembikin drama yang lain di luar sana. Kalau bab ayat suci Al-Quran ini memang kita tidak boleh bawa main-main.

Sumber Berita : Afifi Hassan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments