Pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi tetap akan mempertahankan rumah tangga yang dibinanya walaupun hubungan mereka itu pernah dibayangi orang ketiga.
Kata Mia, dia tidak rela berkongsi kasih dengan orang lain dan ‘tugas’ sebagai madu itu tidak akan dipikulnya sampai bila-bila.
“Sudah tentu saya tak rela nak berkongsi kasih dengan wanita lain di luar sana,” katanya pada sidang media pelancaran drama Nur 2 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, rumah tangga pelakon drama Hati Perempuan itu dengan penjaga gawang Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi, dihidu media bergolak pada Nov tahun lalu.
Ia berlaku selepas Mia, 31, meluahkan perasaannya di media sosial.
Menerusi artikel disiarkan sebuah portal pula, Mohd Izham menafikan dakwaan dia bermain kayu tiga dengan wanita lain.
Kejadian itu berlaku ketika Mia masih berpantang selepas melahirkan anak mereka.
Mia dan Mohd Izham berkahwin pada 13 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan anak lelaki Sayf Issa, yang kini berusia enam bulan.
Anak kelahiran Perak itu juga berkata Sayf merupakan pengerat semula kasihnya dengan Mohd Izham selepas mahligai mereka hampir musnah.
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Orang ketiga, Mia Ahmad tetap pertahan rumah tangga appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments