Malaysia: Dr Mahathir ‘goyang’ sebagai PM, BN akan sokong – Hishammuddin

Hishammuddin bimbang kedudukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tergugat. – Foto NSTP

PARLIMEN: Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berkata Barisan Nasional akan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya kedudukannya dalam kerajaan tergugat.

Bekas naib presiden Umno itu berkata ini bagi memastikan Mahathir dapat menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri.

“Sebab itu saya harap (masalah) dalaman sesama mereka dapat diselesaikan supaya isu seperti ‘diktaktor’ diselesaikan.

“Sebab isu seperti itu tidak membantu kita untuk memulihkan ekonomi, stabilkan kerajaan dan dilihat sebagai kerajaan yang diterima baik oleh dunia,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura, The Straits Times, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menggerakkan agenda reformasi sambil mengakui sukar bekerja dengan Dr Mahathir yang dilabelnya sebagai ‘bekas diktator’.

Sebelum ini, Anwar menyindir Hadi Awang sebagai membodek Dr Mahathir dalam isu diktator yang dibangkitkan Nurul Izzah.

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Dr Mahathir ‘goyang’ sebagai PM, BN akan sokong – Hishammuddin appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments