Malaysia: Najib duduk kandang tertuduh, tersenyum keluar mahkamah pada perbicaraan hari pertama

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong bekas perdana menteri Najib Razak membuat kecoh di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah di Kuala Lumpur selepas tidak dibenarkan masuk bagi mengikuti prosiding hari pertama bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Penyokong itu yang merupakan bekas anggota Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan yang jelas marah kemudian ditenangkan oleh anggota polis bertugas dan penyokong lain.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan arahan daripada pihak mahkamah itu berkata dalam nada yang kuat bahawa mahkamah itu adalah mahkamah rimba dan bukannya mahkamah rakyat kerana tidak membenarkan penyokong masuk mengikuti prosiding berkenaan.

Selepas ditenangkan, beliau berundur dan meninggalkan ruang legar di hadapan bilik bicara.

Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan Najib, 66, yang didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018, Najib, yang juga anggota Parlimen Pekan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama daripada dana serupa. – Bernama

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Najib duduk kandang tertuduh, tersenyum keluar mahkamah pada perbicaraan hari pertama appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments