Pegawai penyiasat kanan Lew Keng Joe mencadangkan agar Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun disapina untuk menjelaskan kenyataan yang mengatakan Muhammad Adib Mohd Kassim diserang ketika kejadian rusuhan di Seafield Sri Maha Mariamman Nov tahun lalu.
Lew tampil memberi keterangan di Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba berkenaan.
Peguam keluarga Adib, Ahmad Taufiq Baharum menyoal Lew sebab ketua polis negara membuat kenyataan bahawa Adib dipukul.
Lew yang hadir sebagai saksi berkata dia tidak pasti sebab Mohamad Fuzi membuat kenyataan itu dan tidak menolak kemungkinan ketua polis negara itu sudah berjumpa dengan anggota bomba yang terlibat dalam rusuhan berkenaan.
Lew juga berkata kenyataan ketua polis negara itu penting namun tidak banyak membantu siasatan.
Ketika Ahmad Taufiq memaklumkan bahawa Mohamad Fuzi membuat kenyataan itu sebelum Mohamad Adib meninggal dunia dan bedah siasat diadakan, Lew bertanya semula sama ada peguam itu mahu dia merakan kenyataan ketua polis negara.
“Adakah anda mahu saya rakam keterangan ketua polis negara? Mungkin anda boleh sapina ketua polis negara dan tanya dia,” katanya.
Pada 29 Nov lalu, Mohamad Fuzi menafikan dakwaan yang mengatakan Muhammad Adib cedera kerana dilanggar lori bomba.
“Kalau tak dipukul macam mana dia boleh cedera kritikal ketika ini? Kita sekarang sedang kenal pasti siapa yang viralkan video berkenaan (yang kononnya menujukkan Muhammad Adib dilanggar).
“Kita juga masih sedang buru individu terlibat memukul Muhammad Adib. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bantu siasatan polis untuk kenal pasti mereka yang bertanggungjawab,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Muhammad Adib merupakan salah seorang anggota bomba yang dikerahkan ke lokasi rusuhan pada 27 Nov lalu.
Muhammad Adib cedera parah ketika rusuhan itu dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Dis.
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
The post Adib dipukul, polis cadang panggil KPN Fuzi Harun jelaskan appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments