Malaysia: KPN akan jawab tuduhan Cawangan Khas Bukit Aman culik Pastor Koh, Che Amri

Ketua Polis Negara Fuzi Harun akan menjawab tuduhan Cawangan Khas Bukit Aman menghilangkan Pastor Koh dan Che Amri oleh Suhakam. – Foto The Malaysian Insight

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun akan menjawab dakwaan polis bertanggungjawab atas kehilangan aktivis Perlis, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh selepas membaca laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Beliau berkata sekarang masih terlalu awal untuk memberikan sebarang ulasan tanpa meneliti butiran penemuan inkuiri, lapor akhbar Malay Mail.

Pagi tadi, Suhakam mempertanggungjawabkan Cawangan Khas Bukit Aman atas kehilangan Amri dan Koh, yang didapati menjadi mangsa kehilangan paksa.

Amri, seorang aktivis dari Perlis, hilang pada penghujung 2016, sementara Koh dilihat diculik oleh beberapa orang pada siang hari pada Februari 2017.

Amri dituduh menyebarkan ajaran Syiah, tuduhan yang dinafikan isterinya, dan Koh disiasat pihak berkuasa agama kerana cuba mengkristiankan orang Islam ketika menganjurkan satu acara yang dihadiri orang Islam di sebuah gereja.

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 juta di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post KPN akan jawab tuduhan Cawangan Khas Bukit Aman culik Pastor Koh, Che Amri appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments