Malaysia: Najib cuba tangguh perbicaraan pagi 3 April

Bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi gagal untuk menangguhkan perbicaraannya berhubung SRC International Sdn Bhd selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan ia dimulakan hari ini sebagaimana dijadualkan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib supaya notis usul bagi mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai cacat, didengar dahulu, sebelum perbicaraan bermula.

“Itu (usul berkenaan) boleh didengar pada tarikh kemudian,” kata hakim dan memerintahkan perbicaraan dimulakan.

Pada permulaan prosiding, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembela telah memfail usul itu pagi ini dan telah meng-emel salinan kepada pihak pendakwaan.

“Usul ini perlu didengar dahulu, atau pada sebarang masa sebelum perbicaraan bermula, sebelum kita memanggil saksi. Kami telah juga memfail ‘sijil urgency’ pagi ini,” kata Muhammad Shafee.

Peguam Negara Tommy Thomas membantah permohonan itu, dan berkata usul itu tidak disampaikan ke pejabatnya secara sempurna dan difailkan pada saat-saat akhir.

Thomas berhujah, pasukan pembelaan mempunyai masa cukup untuk mencabar pertuduhan terhadap Najib dan  tiada sebab untuk usul supaya pertuduhan dibuat di saat-saat akhir.

Thomas menyifatkan tindakan pembelaan membawa perkara itu sekarang sebagai “menghina kebijaksanaan” kerana mereka ada berbulan-bulan untuk buat perkara itu.

Peguam pembelaan Harvinderjit Singh dan Yusof kemudian berhujah kenapa perbicaraan patut ditangguhkan.

Hakim memutuskan akan akan menetapkan satu tarikh lain untuk mendengar permohonan pasukan pembelaan pagi tadi justeru mengarahkan perbicaraan bermula.

Hari pertama perbicaraan Najib tamat hari ini pada jam 5:30 petang dan Hakim Nazlan menetapkan 15 April hingga 10 Mei untuk perbicaraan disambung semula.

Jelas hakim, keutamaan perlu diberikan kerana mengambil kira minat orang ramai berhubung kes ini.

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Najib cuba tangguh perbicaraan pagi 3 April appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments