Malaysia: Clare gembira dapat lihat Najib dibicarakan di mahkamah

Clare yang mendedahkan skandal 1MDB turut hadir di mahkamah mengikut perbicaraan Najib. – Foto Wan Zahari / MalaysiaDateline

KUALA LUMPUR: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown akan memantau perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd ke atas bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Mahkamah Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula hari ini.

“Saya akan terus memantau perbicaraan ini dari jauh dan akan datang ke mahkamah untuk pendengaran,” kata Clare ketika ditemui media. 

Jelas Clare, dia dapat masuk ke bilik tayangan video untuk menyaksikan perbicaraan berkenaan dan mendapati ia menarik.

“Gembira apabila dapat melihat perbicaraan itu akhirnya diteruskan.

“Saya tahu ada ramai orang yang sangat gelisah akan terjejas dengan perkembangan ini (perbicaraan), mereka mungkin tertanya-tanya sama ada perbicaraan ini akan diteruskan.

“Sekarang kita melihat ia diteruskan. Kita sedia melihat keadilan dilakukan dengan perbicaraan yang wajar,” kata Clare.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan selepas Clare meninggalkan mahkamah, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Sofian Putra” memimpin sekumpulan kecil penyokong Najib melaungkan slogan “Allahuakbar Takbir” dan “Tolak Media Asing”.

Mereka kemudian dihentikan oleh beberapa anggota polis yang meminta mereka tidak berbuat bising di mahkamah.

Ketika dihampiri, Sofian Putra memberitahu pemberita bahawa dia berpendapat media asing tidak dialu-alukan kerana menyebabkan “orang Melayu bergaduh dengan orang Melayu”, selain mendakwa media asing sebagai “penipu”.

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Clare gembira dapat lihat Najib dibicarakan di mahkamah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments