Malaysia: Hutang kena bayar kalau tak malapetaka menimpa, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sikap yang dilakukan pihak atau individu yang tidak melunaskan hutang masing-masing akan membawa kesan negatif kepada bangsanya sendiri.

“Hutang kena bayar. Mereka yang berpendapat tidak kena bayar, banyak malapetaka akan menimpa.

“Bukan kita seorang diri, tapi kaum bangsa kita. Apabila kita terkenang sebagai orang yang selalu lokek dan tidak bayar hutang, hendak pinjam mana-mana pun orang tak kasi.

“Sebab orang tahu kita payah bayar hutang, yang beramanah dan buat janji, kita kena bayar hutang. Kalau pinjam dari bank pun kena bayar, pejabat pun kena bayar,” katanya seperti dilapor Astro Awani semasa berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Harimau Asia pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pada Isnin.

Dr Mahathir turut menyentuh isu peminjam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar hutang.

“Bukan tidak dapat duit, ada duit, tetapi tidak bayar. Mereka yang malas bayar hutang, akan gagal. Walaupun rajin, ada ilmu, tetapi hutang tak bayar. Ini menyebabkan kita gagal,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan menegaskan kegagalan peminjam tabung berkenaan membayar hutang bakal menjejaskan peluang pelajar lain mendapat bantuan agensi tersebut selepas ini.

Sehubungan itu, beliau menasihat para peminjam agar membayar balik pinjaman supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu yang ingin memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, seramai 362,000 daripada 1.9 juta peminjam tidak membayar pinjaman dengan jumlah sebanyak RM2.6 bilion sejak tabung berkenaan ditubuhkan 21 tahun lalu.

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu 

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Hutang kena bayar kalau tak malapetaka menimpa, kata Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments