Rafidah Aziz mengulas manifesto kerajaan Pakatan Harapan. – Foto The Malaysian Insight
Menurut Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat, meskipun ada dalam kalangan rakyat yang tidak berpuas hati akan manifesto kerajaan, baginya ia membuktikan kerajaan pragmatik dengan mengambil kira perubahan sekeliling dalam melaksanakan dasar yang lebih sesuai berbanding manifesto.
“Mereka kata manifesto itu menjanjikan bulan dan bintang. Sebab ini saya kata manifesto bodoh hari itu, kan?
“Mana ada di dunia ini manifesto menjadi panduan dalam mentadbir negara. Manifesto di negara lain dan kita pun tak pernah menjadi buku. Hanya satu line… membasmi kemiskinan dan sebagainya.
“Tidaklah sampai PM (perdana menteri) tidak boleh pegang jawatan, ada had berapa lama pegang jawatan. Sebab ini manifesto berkomunitilah jadi macam ini.”
“Banyak buku macam mana nak senaraikan, kerajaan ini sudah tahu apa yang buat, bukan detail kerana masa berubah, suasana sekitar berubah.
“Dasar ekonomi negara kita tidak tahu. Siapa ada trade war mengakibatkan dasar negara lain termasuk negara kita.”
Rafidah berkata demikian ketika diwawancara dalam program Bicara Minda yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI pada Isnin.
Beliau menambah, jika berpegang kepada manifesto semata-mata tanpa mengambil kira perubahan pelbagai sektor di dunia ini, maka pelbagai masalah akan wujud.
Justeru, kata Rafidah, rakyat perlu menerima hakikat dan memberi peluang kepada kerajaan untuk mentadbir negara ini dalam tempoh lima tahun.
“Jadi kalau manifesto kita jadikan dasar untuk lima tahun maknanya tidak mengambil kira apa yang berlaku di sekitar maknanya masalah pentadbiran dunia kalau tidak ambil berat dan kira setiap perubahan harian.
“Hanya dalam tempoh sebulan sudah pun berbeza dengan pendekatan negara besar dan teknologi melibatkan kita.
“Takkan nak pegang perkara ditulis Mei 2018. Jangan mencekik diri sendiri. Pragmatiklah! Rakyat kena terima hakikat kerajaan harus pragmatik.” tambahnya.
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Manifesto bodoh! Tak sampai PM ada had pegang jawatan – Rafidah appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments