Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub ditahan SPRM. – Foto The Malaysian Insight
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub tidak akan campur tangan mengenai penahanan Setiausaha Politiknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai penahanan itu untuk siasatan SPRM.
“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya. Beliau juga seperti rakyat Malaysia yang lain yang tertakluk kepada undang-undang.
“Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000, pada Isnin.
Lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan dan akan didakwa hari ini, Selasa.
Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan sebuah kementerian.
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Menteri Salahuddin tak campur tangan setiausaha politik ditahan SPRM appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments