Malaysia: Johor kaji henti beli air terawat dari Singapura

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kajian penuh berhubung usaha memastikan Johor tidak lagi bergantung kepada bekalan air terawat dari Singapura.

Menterinya, Xavier Jayakumar berkata kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri itu bagi mengenalpasti impak, rangka kerja, cadangan dan rundingan berhubung kebergantungan kepada sumber asas itu.

“Kita mahu Johor pergantungan sifar dan kita tidak mahu mereka ambil air (terawat) dari Singapura lagi. Dalam masa yang sama kajian ini memastikan air di Johor mencukupi untuk masa akan datang.

“Hasil kajian ini saya akan kemukakan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Konservasi Air SPAN sempena sambutan Hari Air Sedunia di Petaling Jaya Boulevard, hari ini.

Awal Mac lepas, Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata kerajaan negeri itu merancang untuk tidak lagi mendapatkan bekalan air terawat dari Singapura sekali gus mahu menampung sendiri keperluan sumber itu.

Singapura bayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen.  – Bernama

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Johor kaji henti beli air terawat dari Singapura appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments