Pensohor media sosia, Alif Teega tampil memberi penjelasan panjang lebar di Instagram miliknya setelah dia dan isteri, Aisyah Hijanah didakwa terlibat dalam penyelewengan wang derma untuk kepentingan peribadi.
Alif Teega tampil beri penjelasan isu seleweng dana awam
Dalam hantaran itu, Alif meminta orang ramai tidak memburukkan isterinya selain tidak melontarkan fitnah tanpa usul periksa.
Ada orang hantar video isteri saya Aisyah Hijanah cakap kasar. Yes, memanglah isteri saya akan bercakap begitu.
Baik dia pun ada sabar, kalau orang dah tak tabayyun, tak rujuk kemudian terus sebarkan hal yang tak benar, fitnah, ditambah-tambah lagi cerita lain mana lah dia tak mengamuk.
Nafi ambil 20% komisen hasil derma orang awam
Tulis Alif lagi, si penyebar fitnah seolah-olah mendakwa mereka membuat aktiviti keji berkenaan dan menegaskan bahawa dia dan Aisyah tidak pernah mengambil 20% komisen daripada derma awam seperti yang didakwa sebelum ini.
Dan hari ini, sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari jomdonate. Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan.
Saya langsung tak tahu tentang kewujudan pdf tersebut, saya hanya bantu NGO lain dapatkan dana. Dan muka kami digunakan tanpa consent jomdonate. Kami langsung tidak terlibat.
Ujarnya lagi, dia dan Aisyah tidak pernah menyorok gara-gara fitnah tersebut dan mengatakan dia meletakkan kepercayaan kepada pihak autoriti untuk memeriksa segala transaksi yang berkaitan dengan dana awam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Aisyah Tu Sampai Hari Ni Dia Diam” – Alif Teega Beri Penjelasan, Nafi Terlibat Dalam Kutip Derma Kaut Komisen 20% first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments