Ketika rejim Zionis mempertingkatkan operasi ketenteraan di Palestin, lebih 70,000 orang askar mereka dilaporkan hilang upaya fizikal.
Data Kementerian Hal Ehwal Tentera juga menunjukkan seramai 8,663 anggota turut cedera dalam Perang Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Ia membuktikan bahawa rejim Zionis tidak menghiraukan keadaan semasa fizikal dan mental anggota mereka.
Akan alami tindak balas psikologi
Kira-kira 35 peratus yang cedera dalam operasi ganas di Gaza kini bergelut dengan keadaan kesihatan mental. Laporan dikeluarkan bahagian pemulihan kementerian di Tel Aviv mendapati itu juga mendapati 21 peratus lagi mengalami kecederaan fizikal.
Bukan itu sahaja, mereka turut menjangkakan kemasukan sekurang-kurangnya 20,000 lagi askar yang cedera sejak operasi ketenteraan itu bermula sehingga akhir tahun ini.
Analisis pakar mendapati 40 peratus anggota yang masuk di pusat pemulihan itu bakal mengalami pelbagai tindak balas psikologi. Antaranya adalah kebimbangan melampau, kemurungan, tekanan pascatrauma, kesukaran berkomunikasi dan penyesuaian diri.
Data itu menunjukkan lebih separuh daripada 9,539 anggota juga menderita gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Lebih ramai akan diserang PTSD termasuk orang awam
Tel Aviv juga pernah mendedahkan lebih 1,000 veteran lelaki dan wanita mereka kini sedang menjalani rawatan pada setiap bulan dengan kira-kira 20 peratus menghidap penyakit mental.
Untuk rekod, pada 7 Jun lalu seorang anggota tentera Israel, Eliran Mizrahi disahkan mengalami PTSD serta dua kecederaan fizikal dan didakwa telah membunuh diri kerana dipanggil untuk kembali berperang. Kejadian itu menjadi bukti bahawa dia merupakan antara mangsa yang mengalami tekanan akibat operasi ketenteraan.
Dalam pada itu, kajian terbaru pada Mac tahun ini turut mendakwa kira-kira 500,000 penduduk Israel berisiko diserang PTSD selepas kempen pembunuhan ramai-ramai di Gaza.
The post Ada Yang Didakwa Bun*h Diri, Lebih 4,000 Askar Israel Alami Masalah Mental PTSD & Jumlah Dijangka Akan Meningkat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments