#Hiburan: “Selagi Janda Janda Saya Tak Kahwin, Saya Tak Akan Kahwin” – Datuk Red Akui ‘Standby’ Jika Bekas Isteri Mahu Kembali Bersama

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata dia sentiasa di dalam ‘standby mode’ sekiranya dua bekas isterinya, Sharifah Nur Shafila dan penyanyi Adira Suhaimi mahu kembali bersama.

datuk red dan adira
1 week ago

"Saya Nak Balik Dengan Adira, Masalahnya Adira Tak Nak Balik Dengan Saya" - Datuk Red

Advertisement

 

Selagi bekas isteri tak kahwin…

Adnan berkata begitu menerusi siaran langsung di media sosial bagi menjawab persoalan warganet dan mengakui akan kekal menduda sekiranya kedua-dua bekas isteri tidak bertemu jodoh dengan lelaki lain.

Selagi janda janda saya tidak berkahwin, selagi itu juga saya tak akan kahwin. Maknanya saya dalam mode standy. Saya sentiasa menunggu tawaran mereka tetapi kalau mereka berkahwin lain, nak buat apa lagi?

datuk red dan datin red

 

Bukan sebab nafsu semata-mata

Dalam pada itu, Datuk Red menafikan niatnya mahu kembali bersama bukan semata-mata kerana nafsu tetapi lebih kepada memikirkan tentang kehidupannya di hari tua.

Saya ni fikir nak kahwin sebab untuk hidup, sakit dan pening di hari tua nanti. Takkan saya mahu menyusahkan anak-anak atau adik beradik? Nak kahwin bukan lagi sebab nafsu.

adira di mahkamah

The post “Selagi Janda Janda Saya Tak Kahwin, Saya Tak Akan Kahwin” – Datuk Red Akui ‘Standby’ Jika Bekas Isteri Mahu Kembali Bersama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments