Baru-baru ini di laman media sosial, tular satu video memaparkan pertengkaran antara seorang wanita dengan pihak DBKL susulan isu tunggakan pembayaran rumah sewa.
Gagal bayar sewa RM124 sebulan
Difahamkan, wanita terbabit sudah lapan bulan tidak membayar bil sewa rumah sebanyak RM124 sebulan.
Dia meluahkan rasa marah terhadap pihak DBKL dengan mendakwa mereka menganggu keluarganya dan turut mengungkit isu lain sebagai tanda bela diri.
Biarpun kadar sewa bulanan tidak mencecah hingga RM200, wanita tersebut berkata dia tidak mampu untuk bayar kerana tidak mempunyai wang.
Wanita keras kepala
Demi menenangkan keadaan yang sudah tegang, pihak DBKL sedia berunding dengan menyediakan pelan ansuran tetapi wanita terbabit tetap dengan pendiriannya.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa berang apabila wanita terbabit enggan mengakui salah sendiri dan menengking pihak DBKL biarpun mereka menjelaskan dengan penuh sopan.
The post “Kau Datang Sini Buat Semak!” – Gagal Bayar Bil Sewa RM124 Selama 8 Bulan, Wanita Duduk PPR Tengking Pihak DBKL first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments