Ibu kepada Aliff Aziz berkata dia masih menerima banyak DM di Instagram daripada orang ramai dan paling terbaru, ada yang mendakwa dia mahu kahwinkan anaknya di selatan Thailand.
Tak tolak jika berjodohan
Kata Siti Hafiza, dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita berkenaan boleh tersebar sedangkan dia tidak ditemu bual oleh sesiapa tentang itu.
Bagaimanapun, dia akui tidak mampu menolak sekiranya Aliff ditakdirkan berjodohan dengan wanita yang dimaksudkan ramai, Ruhainies.
Apa-apa pun kita aminkan jika itu yang terbaik, kalau jodoh. Ramai yang mendoakan ni, masyaAllah. Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan perceraian itu semua Allah yang tentukan.
View this post on Instagram
Terkilan dengan tohmahan
Siti Hafiza sebelum ini meluahkan rasa terkilan dengan tohmahan diterimanya termasuklah dakwaan mahu mengahwinkan Aliff dan Ruhainies di Thailand.
Sejak kebelakangan ini juga, dia banyak berkongsi tangkap layar memaparkan mesej diterimanya tidak kiralah positif mahu pun negatif sekaligus memohon orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak benar atau mereka-reka cerita.
The post Didakwa Mahu Kahwinkan Aliff Aziz Di Selatan Thailand, Ini Respon Ibu – “Kalau Jodoh, Jika Itu Yang Terbaik…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments