Meskipun baru mencecah usia tujuh tahun, seorang kanak-kanak nekad mencari rezeki dengan menjual aiskrim Malaysia di hadapan rumahnya. Katanya, dia ingin merasai sendiri penat lelah bekerja.
Ibu bapa tak pernah paksa
Memetik laporan Berita Harian, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut yang bernama Muhammad Irfan Taib, mereka tidak pernah memaksa anak mereka untuk berniaga namun ia adalah permintaan Irfan sendiri.
Pada mulanya, saya ingatkan dia main-main tetapi selepas dia bersungguh-sungguh minta saya sediakan aiskrim itu, saya turuti kemahuannya dengan membuatkan aiskrim dan menyediakan meja jualan di hadapan rumah.
Sebagai ibu bapa, kami tak mahu manipulasi anak-anak untuk keuntungan tetapi ia lebih kepada pendedahan kepada dia untuk mengenali dunia perniagaan seperti pusingan modal.
Harga aiskrim 50 sen
Di samping itu, Irfan memberitahu dirinya mula berniaga aiskrim Malaysia sejak cuti sekolah pada Mei lalu dengan harga 50 sen. Katanya, dia amat gembira bila jualannya itu mendapat sambutan daripada kanak-kanak di sekitar taman perumahannya.
Pada cuti persekolahan Mei lalu, saya mula menjual pelbagai perisa aiskrim dengan harga 50 sen sebatang di hadapan rumah dan memang seronok apabila ada orang beli.
Daripada situ, saya tahu bagaimana susahnya mahu mencari duit menyebabkan saya lebih berjimat cermat ketika berbelanja.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Kanak-Kanak 7 Tahun Jual Aiskrim Malaysia 50 Sen Depan Rumah, Ingin Rasa Pengalaman Cari Rezeki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments