Baru-baru ini, Live Nation Malaysia telah mengumumkan konsert penyanyi antarabangsa, Bruno Mars yang akan berlangsung pada 17 September akan datang di Stadium Bukit Jalil.
Penjualan tiket konsert tersebut akan mulai dibuka pada Jumaat hadapan pada jam 10 pagi.
Bruno Mars is coming to Kuala Lumpur this 17 September. We can’t wait to experience the 24K Magic live! Get your tickets at https://t.co/YImEolWEcY
Date: 17 September 2024, 8:30 pm
Venue: National Stadium,… pic.twitter.com/UALFJT7DfV— Live Nation Malaysia (@livenationmy) June 21, 2024
Netizen mahu boikot
Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang baik dan menerusi aplikasi X ramai warganet membantah konsert itu dan tidak mengalu-alukan kedatangan Bruno Mars.
Rata-rata warganet akui mahu memboikot konsert itu kerana penyanyi berasal dari Amerika Syarikat tersebut merupakan seorang pro Zionis.
Bruno Mars adalah penyokong tegar Israel/Zionis. Boikot konsert ini.”
Jangan lupa persembahan Bruno di Tel Aviv
Ramai pengguna X mengingatkan netizen agar tidak lupa dengan berita bahawa Bruno pernah membuat persembahan di Tel Aviv dan menyatakan rasa ‘cintanya’ terhadap bandar itu.
Ada yang turut berharap agar Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil membatalkan konsert tersebut.
Sebelum ke Malaysia, Bruno Mars juga akan mengadakan konsert di Taiwan pada 8 September dan di Indonesia untuk 13 dan 14 September.
Kali terakhir Bruno Mars bertandang ke Malaysia dan mengadakan konsert adalah pada 11 April 2018.
The post Bruno Mars Bakal Adakan Konsert Di Bukit Jalil, Netizen Pakat Mahu Boikot – “Dia Penyokong Tegar Zionis” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments