#Hiburan: (VIDEO) “Kami Pernah Bergaduh 13 Tahun Lepas” – ‘Macha’ Singlet Putih Akui Ada ‘Black Belt’ Karate, Mampu Lawan Jika Tak Mabuk

Tular sebelum ini mengenai satu video memaparkan babak pergaduhan di antara seorang lelaki India dan seorang pemilik sebuah kedai runcit berbangsa Cina di Pulau Pinang.

Dalam rakaman tersebut, lelaki berbangsa India itu berada dalam keadaan mabuk dan telah tewas dalam pergaduhan ‘epik’ tersebut.

Advertisement

Video ‘one by one’ menjadi tular

Video itu kemudiannya menjadi ‘viral’ dan turut menjadi bahan jenaka netizen di media sosial.

Anney bergaduh

 

Kisah sebenar di sebalik pergaduhan…

Terbaru, lelaki India tersebut tampil memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya terjadi di sebalik pergaduhan itu.

Ujarnya, dia dan pemilik kedai runcit itu pernah bergaduh 13 tahun yang lalu selain meminta netizen untuk berhenti menyebarkan video itu dan menjadikannya bahan jenaka di internet.

Difahamkan, lelaki India itu cuba membeli barang di kedai tersebut namun dilayan buruk oleh ‘musuhnya’ itu. Tercabar dengan provokasi tersebut, dia yang berada dalam keadaan mabuk terus menyahut cabaran setelah diasak untuk bergaduh secara ‘one by one’.

Saya nak beli barang kenapa awak cakap macam ni, lepas tu dia cakap awak tak puas hati ke? marilah gaduh ‘one by one’.

Saya pun ada ‘black belt’ karate, kalau tak mabuk mesti itu orang sudah kena (belasah).

Lelaki India itu juga memohon maaf kerana mencetuskan kekecohan ketika mabuk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang  lain pada pautan di bawah.

guru skjc dikecam bercuti
4 days ago

"Saya Nak Tanya, Adakah Ia Dibenarkan?" - Ibu Pelajar 'Naik Angin' Lihat Guru Bercuti Di Luar Negara Ketika Sesi Persekolahan

The post (VIDEO) “Kami Pernah Bergaduh 13 Tahun Lepas” – ‘Macha’ Singlet Putih Akui Ada ‘Black Belt’ Karate, Mampu Lawan Jika Tak Mabuk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments