Seorang individu tampil meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati apabila dia mendakwa sebuah taska berlokasi di Sungai Buloh telah mengabaikan kebajikan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Individu dakwa taska abai kebersihan
Dalam hantaran yang dimuat naik di aplikasi X itu, wanita itu difahamkan adalah bekas pekerja taska terbabit.
Tulisnya di untaian tersebut, para pengasuh di pusat jagaan tersebut bersikap sambil lewa dan mengabaikan kebersihan yang menjadi keutamaan mana-mana taska dan pusat asuhan.
Tuala ibu bapa sediakan tapi diorang kongsi satu tuala untuk semua budak. Kain buai warna kelabu bau hancing, koyak rabak.
Hanya mampu kerja selama 6 hari
Tambah wanita itu lagi, dia hanya mampu bekerja selama 6 hari kerana tidak sanggup melihat pengabaian tersebut.
Aku kerja enam hari tak sanggup dah tengok, cuci botol bayi pakai span basuh pinggan dan tu juga buat cuci sinki. Gaji RM1,200 daripada bayi takda ekzema terus kena macam-macam.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen terutamanya mereka yang bergelar ibu bapa berasa kesal kerana masih ada pusat asuhan yang mementingkan wang semata-mata.
Malah,ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bekerja di pusat asuhan yang mempunyai isu yang serupa seperti yang dikongsikan individu itu.
“Pernah kerja dekat taska, makanan semangkuk kongsi makan untuk budak, sorang dapat dua ke tiga suap je. Kalau rasa nak hantar anak dekat taska tu, fikir la balik, patut laporkan pada polis kes macam ni” komen seorang warga maya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kain Buai Bau Hancing, Cuci Botol Pakai Span Sinki Dapur” – Wanita Tak Tahan Kerja Di Taska, Hanya Bertahan 6 Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments