Tidak mahu lebih ramai orang yang salah faham terhadap kakaknya, adik kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah bertegas memberitahu Bella dan suaminya, Aliff Aziz tak kembali berbaik seperti yang tular baru-baru ini.
Geram berita palsu tular
Menurut Didi Astillah, atau nama penuhnya, Dayang Nazilah Awang Astillah, dia memberitahu Bella dan Aliff sudah lama tidak berhubung jadi tak wajar untuk berkata mereka sudah berbaik.
Tambah Didi, dia sendiri tidak pasti bagaimana berita tersebut mula tersebar di media sosial dan siapa yang memulakan dakwaan itu.
Bila masa berbaik? Berhubung pun tak! Nak berbaik macam mana? Memang nak cerai!.
Saya tak tahu siapa buat cerita, kalau tahu saya akan hubungi dia. Mungkin ada pihak-pihak yang buat cerita macam tu. Sebab dah ramai komen dan hantar. Mula saya ingat nak biarkan tapi bila dah ramai sangat saya jadi macam geram pula.
View this post on Instagram
Pastikan kakak tak berbaik
Dalam pada itu, adik kepada penyanyi ini turut berkata dirinya akan menjadi orang pertama yang bakal menghalang kakaknya sekiranya Bella bertindak berbaik semula dengan Aliff.
Kalau berbaik saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya. Saya akan jadi wakil netizen, jangan risau.
Siapa yang sudah terkomen dan rasa geram dekat artikel itu dan kecam Bella, komen balik dan beritahu berita tu tak betul.
View this post on Instagram
Sekadar info, kes penceraian Bella dan Aliff yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun telah ditunda kepada 13 Jun ini.
The post “Berhubung Pun Tak, Nak Berbaik Macam Mana..” – Didi Astillah Pastikan Bella Dan Aliff Aziz Tak Berbaik, Penceraian Tetap Berlangsung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments