Pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan oleh Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) mengundang perdebatan ramai netizen di media sosial.
Menerusi aplikasi X, netizen ‘berbalah’ selepas seorang individu mempersoal tentang pelantikan Siti Nurhaliza sebagai pakar untuk tempoh dua tahun itu.
Atas dasar dan kelulusan apa beliau dilantik sebagai pakar di UM?” tanya seorang pengguna X.
Pelantikan itu menimbulkan perdebatan di mana ada yang mempersoal lantikan itu dan ada juga netizen yang berkata Siti mempunyai pengalaman selama puluhan tahun dalam bidang nyanyian jadi beliau layak dikira sebagai pakar di dalam bidang seni.
Dihentam balik
Bagaimanapun, seorang pengguna X tampil menyelar individu yang persoal lantikan tersebut kerana tidak memeriksa fakta dan memuat naik informasi yang tidak lengkap di media sosial.
Kataya, Siti Nurhaliza ditempatkan dalam bidang muzik kerana itu adalah kepakarannya dan dia turut mempersoal tindakan individu berkenaan membuat hantaran sebegitu menyebabkan Siti Nurhaliza dikritik.
Dah dia bidang muzik dia ditempatkan kat bidang berkaitan muzikla bodo. Apa yg ko bengap sgt?ni poster program tu. Tak faham apa yg ko sakit hati? Kena serang sbb kebodohan sendiri. Boleh je google daripada ambil sekerat info tempek dan ajak org mengumpat dato siti nurhaliza pic.twitter.com/wp7PnGGsaw
— KnizaM Leo (@kroolnizam) June 24, 2024
Sementara itu, seorang individu di Facebook juga turut menegur netizen yang tidak memeriksa terlebih dahulu sebelum memberikan komen malah ada yang menyindir pihak UM kerana melantik Siti Nurhaliza.
Sedangkan, lantikan penyanyi nombor satu negara itu adalah untuk UMCced yang berstatus swasta di mana program tersebut membawa konsep pembelajaran sepanjang hayat serta tidak memerlukan nombor UPU untuk memohon.
The post Pelantikan Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Oleh UM Cetus Perdebatan Netizen Di Media Sosial – “Atas Kelulusan Apa Beliau Dilantik?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments