#Hiburan: “Rumah Masih Bau Badan Si Pencuri..” – Barang Kemas & Duit Bernilai Hampir RM800K Lesap Dirompak, Kieda Crepe Akui Trauma

Baru-baru ini, usahawan makanan dikenali sebagai Kieda Crepe telah mendedahkan kediamannya dipecah masuk dan mengalami kerugian hampir RM800K apabila barang kemas dan duitnya didapati dicuri.

Sudah genap 40 hari

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman TikTok, Kieda berkata dia mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara tersebut setelah 40 hari kejadian itu berlaku. Katanya, dia sudah pun membuat laporan polis namun masih belum menerima sebarang jawapan.

Advertisement

Genap 40 hari saya dan Amy (suami) diamkan diri untuk tak update tentang ujian besar ini. 25.4.2024 khamis, hari yang saya takkan lupakan. Balik dari kedai saya dan suami terkejut sangat.

 

Rumah kena pecah masuk. Total anggaran kehilangan barang saya 800,000. Laporan polis telah di buat malam 25.4 tu juga. Dan sampai sekarang masih tiada apa-apa info yang saya  terima.

@kiedacrepepenang  ♬ original sound – KIEDACREPEPENANG

Dakwa pelaku orang tempatan

Bukan itu sahaja, tambah usahawan ini, dia yakin pencuri tersebut merupakan orang tempatan yang tahu akan selok belok rumahnya. Hal tersebut lebih menyakinkan Kieda apabila rumahnya tidak bersepah dan pencuri itu terus ke biliknya untuk mendapati peti besi yang berisi barang kemasnya.

Kami hidup dalam keadaan trauma. Waktu kejadian, rumah saya selerak teruk. Perompak masuk melalui tingkap, mereka ambil peti besi dan duit raya serta cincin emas di atas meja alat solek.

 

Dan waktu kami masuk dalam rumah pun masih berbau badan si pencuri dan lantai masih basah. Bayangkan traumanya kami saat tu sampai hari ini. Ini ujian saya dan suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan.

kak km
2 months ago

"Takut Pejam Mata Dia Datang.." - Masih Trauma Dengan Kes Rompak, Kak KM Rancang Ambil 'Bodyguard' & Pindah Rumah

The post “Rumah Masih Bau Badan Si Pencuri..” – Barang Kemas & Duit Bernilai Hampir RM800K Lesap Dirompak, Kieda Crepe Akui Trauma first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments