Selepas disaran oleh peguamnya, pelakon Hafidz Roshdi tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam susulan hantaran mengaibkan membabitkan dirinya dimuat naik oleh bekas isteri, Nurul Shuhada. di Instagram.
Shuhada macam tak puas hati – Hafidz
Kata Hafidz, selama ini dia memilih untuk berdiam diri namun kali ini sudah tidak boleh menahan sabar dengan tindakan Shu yang dianggap keterlaluan.
Saya tidak faham kenapa dia seolah-olah tak berpuas hati apabila saya berkongsi berita gembira kembali menerima tawaran berlakon.
Hafidz membuat laporan polis atas saranan peguam bagi mengelakkan lebih banyak penyebaran kisah yang tidak benar.
Sejak itu, dia mula ‘tumpahkan’ macam-macam, bermula soal nafkah anak, yuran sekolah, insurans dan terbaharu, sebarkan fitnah dalam hantaran di media sosial.
Bagi bukti atas semua dakwaan
Dalam pada itu, Hafidz turut menyangkal dakwaan Shuhada bahawa dia menyalahgunakan rahsia dan bukti mahkamah yang masih dalam perbicaraan.
Dia memandai-mandai mereka-reka cerita. Kalau betul saya sebarkan dokumen, saya minta dia kemukakan bukti dalam platform mana yang saya sebarkan.
Aktor itu turut menuntut Shuhada mengemukakan bukti dakwaan bahawa keluarga Hafidz telah memburukkannya di media sosial dengan menghantar mesej kepada netizen di media sosial.
Kalau betul ahli keluarga atau ibu bapa saya ada berbuat demikian, kemukakan bukti. Saya yakin netizen lebih bijak menilai siapa yang lebih banyak bersuara selama ini.
The post “Dia Macam Tak Puas Hati Bila Saya Kembali Terima Tawaran Berlakon” – Bekas Isteri Sebar Mesej, Hafidz Roshdi Lapor Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments