Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil membuka mulut setelah muncul dakwaan yang mengatakan dia sudah kembali berbaik dengan suami, Aliff Aziz.
Bella berkata dia terkilan dengan sikap segelintir pihak yang menyebarkan berita tidak benar mengenai perihal rumah tangganya.
Izinkan saya perbetulkan apa yang disiarkan hari ini (Isnin) di beberapa media. Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.
Jawab salah, tak jawab lagi lah dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam ni lah jadinya. Semua fakta dipusing. Saya hormat kerja media tapi tolong hormat juga empunya badan.
Dia berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran Instagram Story di mana Bella memilih untuk mendiamkan diri bukanlah bermaksud dakwaan sudah berbaik itu benar.
Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul. Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam Bella.
Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya hormat kerja rakan media.
Terdahulu, pengurus Bella, Umi Atiqah memaklumkan penyanyi itu akan membuat kenyataan setelah kes mahkamah selesai kelak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Bella Astillah Nafi Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments