Seorang individu tampil meluahkan rasa tidak puas hati setelah dia didenda sebanyak RM5 kerana anak-anaknya buat sepah ketika makan di sebuah restoran.
Individu tak puas hati didenda RM5 kerana anak buat sepah
Difahamkan, individu itu didenda dengan jumlah berkenaan kerana anaknya yang berusia bawah 2 tahun telah mengotorkan meja makan.
Salam Mein, pertama kali saya kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah. Anak saya berusia bawah dua tahun.
Dalam pada masa yang sama, individu itu turut mengadu mengenai harga makanan yang mahal selain tampil bertanyakan sama ada peniaga berkenaan boleh diadu kepada KPDNKK berikutan denda tersebut.
Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa, harganya RM55. Mahal nak mamp*s. Kena denda lagi.
Boleh ke report KPDNKK pasal denda tu? Boleh ke kedai denda customer sebab sepah?
Netizen beri reaksi pelbagai
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kritikan individu tersebut.
aku setuju je kedai kenakan denda klo sepah.. anak kecik bkn lesen.. be responsible utk anak sndr.. klo kat warung n kedai tomyam byk kali tgk family dtg tumpah air apa bagai, jarang tgk yg nk at least lap balik..
— TokWanRockVita (@akmola_lola) June 20, 2024
Kata netizen, jumlah denda yang dikenakan adalah munasabah jika pelanggan membuat sepah secara melampau.
Tambah warga maya lagi, setiap ibu bapa memainkan peranan dalam mengawal tingkah laku anak ketika berada di luar terutamanya di kawasan awam demi keselesaan bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Boleh Ke Kedai Buat Macam Tu?”- Individu Mengadu Peniaga Denda RM5 Gara-Gara Anak Buat Sepah Ketika Makan Di Restoran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments