Vokalis kumpulan nyanyian OAG, Radhi memaklumkan dia memilih untuk dibicara meskipun ditawarkan penyelesaian luar mahkamah oleh bekas isteri, Nur Shahira Ayu dengan nilai RM300,000.
Radhi OAG ingin teruskan perbicaraan kes pukul bekas isteri
Ujar Radhi, dia tidak pernah bersetuju untuk memberikan amaun tersebut kepada isterinya dan ingin meneruskan kes tersebut demi keadilan buat dirinya sendiri.
Saya bukannya apa, tapi dia minta pampasan. Bila dia dapat pampasan itu, di akhirnya kesan dia kepada saya.
Orang anggap seperti rasuah. Ye lah, saya bayar dia untuk dia menarik semula kes ini. Nak ikutkan nak tarik kes tak perlu paksaan.
Jadi saya taknak ke arah itu, saya teruskan sahaja kes tersebut dan saya juga dapat bersuara.
Peguam Radhi anggap seperti mengambil kesempatan
Manakala peguam Radhi, Haziq memaklumkan tindakan bekas isteri penyanyi itu meminta wang pampasan tersebut seolah-olah mengambil kesempatan .
Semasa prosiding yang saya boleh ulas, kita dapat apa yang pihak kami mahukan, wujud motif tertentu dilakukan bekas isteri yang menunjukkan perkara ini dilakukan.
Semasa sesi tersebut, dia ada meminta tawaran balas bagi jumlah yang dituntut bekas isteri sebelum ini, tetapi kita tidak bersetuju sebab ini macam ambil kesempatan.
Terdahulu, Radhi dilaporkan dengan sengaja mencederakan bekas isterinya pada 19 April 2023 yang lalu.
Shahira difahamkan telah meminta Radhi untuk membayar sebanyak RM300,000 bagi tujuan menyelesaikan isu tersebut di luar mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Macam Ambil Kesempatan” – Radhi OAG Enggan Bayar Tuntutan RM300K Dari Bekas Isteri Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments