Isteri kepada penyanyi Jamal Abdillah dilaporkan mengalami komplikasi kehamilan anak ke-5 dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara.
Isteri Jamal Abdillah dimasukkan ke IJN
Berikutan itu, Jamal memohon doa peminat agar isterinya, Zai Izzati yang kini mengandung 2 bulan dapat kembali pulih seperti biasa.
Zai difahamkan sedang mendapat rawatan di IJN kerana mengalami kesan sampingan daripada ubat alahan serta muntah yang teruk.
Sebelum ini, dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tidak makan, tak minum dan air tidak boleh masuk.
Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Namun, balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan masukkan semula dia ke hospital.
Alami tiroid membengkak dan sakit tekak
Isteri Jamal itu juga dilaporkan mengalami tiroid dan sakit tekak akibat daripada muntah serta alahan yang teruk itu.
Keadaannya okey dan kandungan juga sihat. Seakrang memang dia di IJN selepas dimasukkan di salah sebuah pusat perubatan di KL kerlmarin.
Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung iaitu ke IJN.
Sekadar info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak.
Jamal turut mempunyai dua lagi anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Osama Yamani,21, dan Ahmad Zaki Yamani,17.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Isteri Dimasukkan Ke IJN, Jamal Abdillah Mohon Doa Peminat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments