#Hiburan: “Saya Tak Okay Bila Orang Bandingkan..” – Haneesya Hanee Tidak Cemburu Dengan Anna Jobling, Minta Henti Dilagakan

Baru-baru ini, nama bintang muda Haneesya Hanee kembali meraih perhatian netizen apabila dia mendedahkan dirinya kini kurang mendapat tawaran lakonan hingga ibunya terpaksa menggadai barang kemas demi kelangsungan hidup.

Beli jual barang kemas bukan tindakan bodoh

Meskipun mendapat reaksi negatif daripada sesetengah pihak, Haneesya tidak cepat melatah. Malah, dia tidak malu untuk mengakui tindakan ibunya menggadai barang kemas itu kerana baginya ia merupakan aset yang boleh membantu keluarganya.

Advertisement

Untuk pengetahuan, mak saya gadai barang kemas bukan hari-hari tetapi untuk rolling duit kerana ada hari yang agak bergelut.

 

Beli jual barang kemas bukan tindakan bodoh atau buka aib. Itu satu aset untuk masa depan. Lagi pun, barang kemas tersebut pemberian saya yang sudah bekerja keras sebelum ini dan bukan pembelian sia-sia. Ada nilainya yang kita boleh labur semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Dibanding dengan Anna Jobling

Ketika ditanya soal namanya yang sering dibandingkan dengan pelakon Anna Jobling, Hannesya mengakui berasa kurang selesa apabila ramai yang berbuat demikian. Katanya, dia tiada rasa cemburu dengan kejayaan Anna dalam industri seni.

Saya tak okay bila orang bandingkan saya dengan Anna Jobling dan bolehlah berhenti berbuat demikian.

 

Orang tiada masalah tetapi awak melagakan orang lain. Siap bandingkan kejayaan Anna dengan saya. Saya sendiri pun tidak cemburu dengan dia.

Tambah Haneesya lagi, dia turut gembira dengan kejayaan bekas peserta Dewi Remaja itu dan percaya mereka semua mempunyai rezeki masing-masing.

Kalau Anna berjaya, bagus untuk dia dan saya pun turut gembira, Allah bagi rezeki untuk dia dulu. Mungkin rezeki saya lambat, kita pun tidak tahu apa akan jadi masa depan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

haneesya hani
2 days ago

"Ingat Lelaki Suka Gelap-Gelap Ke" - Tak Berhati Perut, Lelaki Hina Wajah Haneesya Hanee Kerana Benci Watak 'Sally'

The post “Saya Tak Okay Bila Orang Bandingkan..” – Haneesya Hanee Tidak Cemburu Dengan Anna Jobling, Minta Henti Dilagakan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments