Bekas suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri berkata perceraian yang berlaku di antara mereka tidak akan mengubah hubungan baik yang sedia terjalin antara keduanya.
Kata Nedim, hubungan baik akan terus terjalin meskipun bukan lagi bergelar suami isteri.
Tiada yang berubah, cuma dia bukan milikku dalam Islam.
Lelaki itu berkongsikan mengenai hal itu menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada awal pagi Khamis.
Dia juga dilihat seolah-olah meletakkan harapan agar jodoh antara mereka kembali bertaut.
Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali menjadi milikku.
Terdahulu, pasangan sensasi ini sah bercerai talak satu setelah keduanya dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk urusan itu pada malam rabu.
Kedua-duanya bernikah pada 30 Mac 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA:
The post “Tiada Yang Berubah, Cuma Dia Bukan Milikku Dalam Islam” – Nedim Nazri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments