Berjalan ke luar negara sememangnya merupakan bucket list untuk setiap orang tetapi satu hal yang sering menjadi ‘penghalang’ adalah harga tiket penerbangan yang terlalu mahal.
Jangan biarkan harga tiket flight jadi penghalang buat korang travel ke luar negara, ini cara atau tips yang boleh digunakan kalau nak beli tiket penerbangan dengan harga yang murah.
Yang pertama adalah pastikan korang beli tiket pergi dan balik secara berasingan.
Selain itu, gunakan laman web Sky Scanner, di mana aplikasi akan membantu korang untuk membandingkan harga tiket penerbangan dari yang murah ke mahal.
Cara korang nak dapat tiket penerbangan dengan harga murah adalah memilih destinasi yang hendak dituju tetapi jangan masukkan tarikh yang diinginkan, sebaliknya memilih ‘whole month’ dan tarikh tiket yang murah untuk bulan tersebut akan keluar.
Korang perlu tunggu untuk beberapa saat sementara semua harga tiket dari syarikat penerbangan dipaparkan di skrin telefon dan selepas itu, klik ‘view details‘ untuk tahu tempoh transit.
Selepas pilih, korang kena tekan go to site untuk meneruskan pembelian tiket penerbangan itu secara atas talian atau boleh beli secara langsung di laman web syarikat penerbangan terbabit.
Untuk mereka yang sudah merancang percutian tetapi belum memilih destinasi percutian yang hendak dituju, korang klik everywhere dan klik select whole month, di mana destinasi yang murah akan dipaparkan.
The post Tunggu Promosi Baru Beli Tiket ‘Flight’? Guna Cara Ini Kalau Korang Nak ‘Travel’ Dengan Harga Tiket Yang Murah Bila-Bila Masa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments