Sebelum ini, pendakwah selebriti Ustaz Don dikhabarkan tidak tahu menahu mengenai keputusan pihak pengurusan TV yang merehatkan sementara dirinya daripada program Salam Baitullah RTM.
Pengurus Ustaz Don, Ana memaklumkan pihak mereka masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak stesen TV mengenai keputusan itu.
Setakat ini kami masih belum dapat ada apa apa arahan. Biasalah media akan keluarkan kenyataan dulu.
Kami akan tunggu dulu dan kalau perlu kami akan keluarkan kenyataan rasmi. Pihak kami tidak mahu melebihi RTM, jadi kami tunggu dulu jawapan pihak mereka.
Maklum Ana lagi, terdapat desakan pihak tertentu yang meminta Ustaz Don untuk membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu yang melanda pendakwah itu pada ketika ini.
Saya rasa itu lebih baik Ustaz Don jawab sendiri, sebab saya pun tidak boleh mewakili tuan badan.
Netizen pun minta penjelasan daripada dia, jadi dia lebih sesuai jawab perkara itu. Kami tidak mahu gelojoh buat keputusan.
Terdahulu, nama Ustaz Don menjadi sorotan warga maya gara-gara dia ada berkongsi kisah percintaan Rasullulah yang didakwa bersandarkan hadis dan riwayat palsu.
Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to ‘rehatkan’ dulu Ust Don from Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel. Numbed.
— Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman) June 5, 2024
Gara-gara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusia satu hantaran di aplikasi X memaklumkan pihak mereka merehatkan seketika pendakwah itu daripada mengendalikan program Salam Baitullah kerana ingin meredakan perbalahan hangat dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tunggu Beliau Jawab Sendiri” – Pengurus Respon Desakan Awam Mohon Ustaz Don Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments