#Hiburan: “Macam Mana Perit Kami Hadap..” – Kieda Crepe Berterima Kasih Pada PDRM Atas Penangkapan Suspek, Bersyukur Didoakan Orang Ramai

Usahawan makanan, Kieda Crepe mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan berasa syukur apabila penangkapan empat suspek berhubung rompakan rumahnya pada April lalu itu sudah dibuat.

Terima kasih selalu mendoakan

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di TikToknya, Kieda atau nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra berterima kasih kepada orang ramai yang sering mendoakan dan memberi semangat kepadanya sepanjang siasatan masih berjalan.

Advertisement

Sedih bukan sebab apa hilang barang hari Khamis malam Jumaat, dapat jawapan juga hari Khamis petang Jumaat. Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan Kieda dengan Amy (suami).

 

Terima kasih banyak-banyak untuk yang selalu beri kata-kata semangat. Allah Taala Maha Berkuasa, Allah yang mengetahui segala-galanya, Allah Maha Perancang dan Allah pilih Kieda dengan Amy untuk lalui fasa-fasa ujian yang mana tak semua orang boleh hadapi seperti mana kami hadapi. Syukur Alhamdulillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

43 hari yang perit

Sementara itu, suami kepada usahawan ini turut berkata sepanjang tempoh 43 hari semenjak mereka dirompak itu merupakan tempoh yang paling berat mereka alami.

Kadang-kadang manusia belum diuji sudah bersangka baik, ketika diuji pun tetap bersangka baik. Itulah yang paling berat kami lalui untuk tahun ini.

 

Dia tak boleh nak berkata apa yang tersirat di hati ini, hanya Allah je yang tahu selama 43 hari ni macam mana perit yang kami hadap, macam mana trauma yang kami hadap sampai lah saat ini suspek-suspek yang disyaki sudah pun ditangkap oleh pihak PDRM.

@kiedacrepepenang Terima kasih pihak D4 Ipk Penang & D9 Ipd Kepala Batas , SIO 🤲🏻 #kiedacrepe ♬ original sound – KIEDACREPEPENANG

Dalam pada itu, kedua-duanya juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang telah berjaya mereman empat orang suspek bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Kieda tampil mendedahkan rumahnya telah dipecah masuk dan barang kemas serta duit yang kesemuanya berjumlah RM800K lesap diambil oleh perompak  tersebut.

kieda crepe dirompak
20 hours ago

"Suspek Telah Menjual Sebahagian Barang Kemas.." - Empat Suspek Kes Rompak Rumah Kieda Crepe Direman Enam Hari

The post “Macam Mana Perit Kami Hadap..” – Kieda Crepe Berterima Kasih Pada PDRM Atas Penangkapan Suspek, Bersyukur Didoakan Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments