#Hiburan: (TAKZIAH) Pelakon Veteran Kamal Bakar Meninggal Dunia Di Usia 62 Tahun

Industri seni hiburan kehilangan seorang pelakon berkaliber, Kamal Bakar pada jam 1 pagi Selasa.

Allahyarham Kamal Bakar dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru tahap empat.

Advertisement

Berita duka itu dimaklumkan anak sulung arwah, pelakon Hanis Kamal menerusi satu hantaran di Facebook buat pengetahuan peminat.

Kamal Bakar meninggal dunia

Sebelum ini, arwah sudah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kanser paru-paru dan berada dalam keadaan nazak.

Allahyarham kemudiannya dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan pakar perubatan untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sekadar info, Allahyarham Kamal Bakar terkenal dalam naskah naskah drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Suami Aku Ustaz, Ratu Ten Pin dan banyak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alyssa Dezek markah penuh
17 hours ago

Pelakon Cilik Alyssa Dezek Peroleh 100% Subjek Akaun, Netizen Puji - "Nampak Sopan, 'Beauty With Brain'"

The post (TAKZIAH) Pelakon Veteran Kamal Bakar Meninggal Dunia Di Usia 62 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments