Terdahulu, timbul satu dakwaan mengatakan pelakon senior dan nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya iaitu Rozie Othman tidak merestui perkahwinan cucunya itu dengan suaminya, Nasrullah.
Nenek terkejut terlalu cepat
Menjawab kepada spekulasi tersebut, Syasya menjelaskan dirinya sudah terlebih dahulu memberi bayangan kepada neneknya untuk berumah tangga. Namun, mengakui neneknya agak terkejut dengan keputusan yang dibuat dengan begitu cepat ketika dirinya sedang mengerjakan Umrah.
Sebenarnya saya sudah cakap dan bagi hint dekat nenek yang saya mahu kahwin. Saya seorang yang suka simpan masalah dan sesuatu hal sendiri, kemudian dah lama baru beritahu orang.
Dia terkejut sebab balik sahaja dari Makkah, saya nikah. Sebelum nak majlis akad nikah, ada telefon dia beritahu. Sebab tak sangka nak nikah ketika dia sedang berada di Makkah.
View this post on Instagram
Syasya dan suami beri penjelasan
Di samping itu, Nasrullah yang kini bergelar suami kepada Syasya ini turut berkata dia dan isteri sudah berjumpa dengan Rozie sejurus dia pulang dari mengerjakan Umrah bagi menjelaskan segala perkara tentang rancangan mereka.
Saya dan isteri sudah lama tidak berjumpa dengan dia, selepas kami bernikah ada pergi bertemu dengan nenek dan dia sangat baik. Dia terima perkahwinan kami, dia ada belanja tau fu fah (makanan).
Untuk info, pada 8 April lalu, peminat dikejutkan dengan pengumuman Syasya yang ingin berundur daripada kumpulan Dolla. Tak lama kemudian pada 21 April, Syasya dikhabarkan telah bernikah dengan suami susulan gambar pernikahan mereka yang tular di media sosial.
The post “Saya Dah Bagi Hint Nak Kahwin..” – Didakwa Nenek Tak Restu Perkahwinan, Syasya Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments