#Hiburan: “Dah Jumpa Anak & Keluarga” – Riena Diana Kini Hangat Bercinta Dengan Keith Foo, Akui Sudah Temui Kebahagiaan

Terbaru, pelakon Riena Diana mengakui bahawa kini dirinya sudah menemui kebahagiaan yang dicari setelah menjalinkan hubungan mesra bersama aktor kacak, Keith Foo.

Kini bahagia bersama

Kata Riena hubungan tersebut mula terjalin selepas mereka digandingkan bersama dalam sebuah drama bersiri berjudul Salju Rindu di TV3.

Advertisement

Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

Tak sangka boleh jatuh cinta semula

Biarpun sudah mengetahui status teman lelakinya itu (duda anak satu) tetapi aktres terbabit merasakan ia bukan satu masalah.

Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya.

Dalam pada masa yang sama, Keith berkata kepada pihak Harian Metro bahawa Riena mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang diimpikan dan wanita itu mempunyai banyak persamaan dengannya.

Sekadar info, Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga bersama Kim Raymond pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tujuh tahun tetapi kedua-dua buat keputusan untuk bercerai pada hujung 2019.

1 year ago

Tular Video Keith Foo & Tiz Zaqyah Mesra Bersama, Peminat Teruja - "Dorang Couple Eh?"

The post “Dah Jumpa Anak & Keluarga” – Riena Diana Kini Hangat Bercinta Dengan Keith Foo, Akui Sudah Temui Kebahagiaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments