Seorang lelaki meluahkan rasa geram gara-gara dia mendakwa jadi mangsa keadaan kerana dituduh merosakkan kaki sofa dalam satu kedai.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Syakir Belon itu ada meluahkan perasaannya di TikTok gara-gara insiden itu.
Lelaki kesal dipaksa bayar ganti rugi kerana patahkan kaki sofa
Ujarnya, dia tidak sengaja terpatahkan satu kaki sofa namun kesal dengan pemilik premis itu yang tidak mengambil tahu tentang dirinya sebaliknya meminta ganti rugi sofa yang rosak itu.
Saya baru duduk sikit, sofa itu dengan saya sekali terjatuh. Lepas tu aunty kedai tak tanya saya okay ke tak.
Kawan-kawan saya gelabah dan terus angkat saya. Aunty tu datang depan saya dia cakap kerusi tu dah patah, awak ganti. Dengan tak tanya saya okay ke tak terus minta ganti.
Kata Syakir lagi, pemilik premis itu ada membuat laporan polis gara-gara dia enggan membayar ganti rugi sofa yang patah kerana merasakan dia tidak salah.
Sini saya nak fahamkan, sofa itu untuk kegunaan orang ramai dan bukan saya sengaja rosakkan, itu tak sengaja.
Sebab sofa patah je sampai buat laporan polis, ada yang komen memang patut saya bayar sebab saya yang rosakkan.
Lepas tu dia kata saya berat sangat, saya pun terkejut. Kemudian saya kata tak apalah saya akan baiki bahagian yang rosak.
Difahamkan, pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa tindakan kerana tiada kes jenayah terlibat dan kerosakan itu juga tidak disengajakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Bukan Nak Tanya Saya Okay Ke Tak” – Tak Sengaja Patahkan Kaki Sofa, Pelanggan Geram ‘Owner’ Suruh Ganti Baru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments