#Hiburan: “Terdapat 54 Hadis Bermasalah..” – Netizen Semakin Sangsi, Individu Kongsi Kajian Ilmiah Tentang Hadis Digunakan Ustaz Don

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kembali menjadi bualan netizen apabila tular di media sosial sebuah kajian khas dibuat bagi membahas hadis bermasalah yang gunakan oleh Ustaz Don.

54 hadis bermasalah

Melalui satu hantaran yang dikongsikan di laman X, seorang individu mendedahkan kajian ilmiah yang didakwa dihasilkan oleh ahli akademik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Katanya, kajian itu mendapati terdapat 54 hadis yang tidak tepat digunakan oleh pendakwah bebas itu.

Advertisement

Rupanya ada kajian ilmiah USIM tentang rancangan 30 Minit Ustaz Don.

 

Menerusi kajian ini, terdapat 54 buah hadis bermasalah yang dibincangkan oleh Ustaz Don dalam rancangan tersebut. Hasil kajian ini, 20 hadis cacat sanad, 19 hadis cacat matan, 15 hadis tiada asal.

Penulis kajian boleh dipercayai

Dalam pada itu, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan timbul pula perdebatan tentang kesahihan kajian terbabit. Membalas kepada persoalan itu, seorang lagi pengguna X tampil mendakwa kajian itu ditulis oleh seorang pensyarah Hadis yang berpengalaman dan tegas dalam bab itu.

Siapa yang persoal penulis Shumsuddin Yabi, beliau ialah pensyarah hadis. Saya bekas pelajar Dr. Beliau sangat tegas bab hadis dan adab..

Terdahulu, Ustaz Don telah direhatkan dari bersiar di Radio Televisyen Malaysia (RTM) susulan isu pertikaian kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan olehnya dalam salah satu ceramah.

ustaz don jakim
19 hours ago

Isu Pertikaian Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW, JAKIM Rancang Pertemuan Dengan Ustaz Don

The post “Terdapat 54 Hadis Bermasalah..” – Netizen Semakin Sangsi, Individu Kongsi Kajian Ilmiah Tentang Hadis Digunakan Ustaz Don first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments