Pelakon dan personaliti TV, Sherry Alhadad berkongsi pengalaman diejek dan ditertawakan hanya kerana membuat keputusan menyambung pengajian ke Akademi Seni Kebangsaan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ujar Sherry, ramai orang di sekeliling terkejut dengan keputusannya untuk menjadi anak seni kerana menganggap pengajiannya dalam bidang tersebut sebagai buang masa.
View this post on Instagram
Perkara tersebut turut dikongsi Sherry menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.
“Dulu masa orang tanya aku lepas SPM sambung belajar mana? Aku jawab Akademi Seni Kebangsaan. Mereka tanya belajar apa kat situ? Aku jawab ambil diploma teater. Kebanyakkan akan gelak dan kata “nak jadi pelakon pun kena belajar sampai 3 tahun? buang masa je, mereka gelak..”
Dalam hantaran tersebut Sherry turut memuat naik foto imbas kembali ketika dia beraksi di pentas teater suatu ketika dahulu.
View this post on Instagram
Sekadar info, Sherry telah memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater dan kemudiannya mengorak langkah sebagai pelakon drama dan filem serta bidang pengacaraan.
BACA: Kongsi Foto Zaman Remaja, Peminat Ingat Sherry Alhadad Cik B Ketika Kecil
The post Pernah Ditertawakan Kerana Berlakon Teater, Sherry Alhadad Tak Berdendam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments